BEIJING, 1 Oktober – Pemain nombor dua dunia, Jannik Sinner, kembali mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain muda Amerika Syarikat, Learner Tien, 6-2, 6-2 dalam aksi final terbuka China, sekali gus merangkul gelaran ketiganya musim ini.
Sinner, juara Grand Slam empat kali, sebelum ini berdepan cabaran kesihatan susulan jangkitan pda perut ketika aksi separuh akhir menentang Alex de Minaur.
Namun, ia segera diatasi ketika berdepan Tien, 19, apabila berjaya meraih break seawal game pertama dan mengawal permainan dengan baik sepanjang perlawanan.
Meski cuba memberikan tentangan dalam set kedua
Tien gagal menembusi kekebalan permainan Sinner sehingga akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan di mata ketiga untuk menjadi pemain kedua selepas Djokovic memenangi lebih daripada satu gelaran di kejohanan ATP 500.
Sinner dijadualkan beraksi dalam Masters Shanghai minggu ini, sementara pesaing utama, Alcaraz dilaporkan bakal berehat akibat kecederaan.