fb fb fb fb fb

Kejohanan KL MuayThai Antarabangsa 2025 berjaya cungkil bakat baharu

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 1 Oktober - Kejohanan Kuala Lumpur (KL) MuayThai Antarabangsa 2025 mendapat sambutan luar biasa apabila menghimpunkan seramai 400 peserta dari 14 negara di Stadium Titiwangsa, Sabtu lalu.

Acara tahunan itu bukan sahaja menjadi medan persaingan, malah dilihat sebagai platform penting pembangunan sukan MuayThai di Malaysia, khususnya dalam mencungkil bakat baharu ke arah profesional.

Timbalan Presiden Persatuan MuayThai Kuala Lumpur, Adi Irman Abdul Ghani berkata, penglibatan peninju lama dan muka baharu dapat memberi pendedahan dan inspirasi kepada generasi muda.

"Saya ambik peninju-peninju yang lama dan baru untuk event kali ini adalah untuk menunjukan kepada bakat-bakat baharu ini bagaimana diaorang daripada mula untuk capai ke tahap sekarang ini, terutamanya fighter-fighter dari amatur sampai ke profesional," Katanya.

Tambahnya, kejohanan juga turut menjadi medan pemilihan atlet yang bakal mewakili negara ke Kejohanan MuayThai ASEAN di Pulau Pinang November depan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,

Sukan MuayThai kini kian berkembang pesat di Malaysia dengan peningkatan jumlah kelab dan penyertaan di peringkat akar umbi.

Justeru, kejohanan bertaraf antarabangsa seperti ini diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pembangunan sukan MuayThai di rantau Asia Tenggara.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN