fb fb fb fb fb

Prop Wallabies, James Slipper umum persaraan

Foto AFP

PERTH, 1 Oktober – Pemain prop Australia Wallabies, James Slipper, umum bakal bersara daripada pentas ragbi antarabangsa selepas perlawanan terakhir menentang New Zealand All Blacks hujung minggu ini.

Jurulatih pasukan Wallabies, Joe Schmidt dalam reaksinya menyifatkan Slipper sebagai seorang yang sangat dihormati, berjiwa besar serta disegani kawan mahupun lawannya.

Pemain berusia 36 tahun itu mencatat sejarah sebagai pemain paling banyak mewakili Australia sebanyak 150 kali sebaris Sam Whitelock (New Zealand) dan Alun Wyn Jones (Wales).

Sepanjang kerjayanya, beliau telah beraksi dalam empat edisi Piala Dunia dan pernah memimpin pasukan sebagai kapten sebanyak 15 kali sejak mewakili Australia pada tahun 2010.

“Mewakili Wallabies adalah pencapaian paling membanggakan dalam karier ragbi saya. Ia satu keistimewaan yang tidak akan dilupakan,” katanya.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN