fb fb fb fb fb

Terengganu laksana pemakaian patuh syariah kepada atlet

KUALA TERENGGANU, 4 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu akan melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan untuk semua aktiviti sukan dan pertandingan yang dianjurkan di negeri itu.
 
Pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan atlet-atletnya bagi membincangkan isu tersebut, dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Karim berkata, sehingga kini garis panduan pemakaian sukan patuh syariah masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.
 
Ini berikutan masih terikat dengan peraturan yang ditetapkan badan sukan antarabangsa.
 
"Jadi kita membawa pendekatan mesra syariah sebagai langkah permulaan untuk mereka lakukan perubahan,dan proses ini perlu kepada proses untuk kita mendidik dan memberi kesedaran kepada semua atlet, kita ambil pendekatan terus kepada penguatkuasaan, jadi lebih kepada proses pendidikan, tempoh, rasa kesesuaian dengan pendekatan yang telah kita terokai," kata Hishamuddin, di sini.

0410 SUKAN MESRA 1

(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan
(NGO) negeri,Hishamuddin Karim)

Selain itu, Terengganu juga memuktamadkan untuk tidak menyertai acara gimnastik wanita dan gimrama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 kerana isu pakaian tidak patuh syariah.
 
Etika pakaian mesra syariah ini hanya terpakai untuk semua atlet muslim.
 

Media Baharu