fb fb fb fb fb

Liga Super: Selangor FC tamat kontrak Yazan Al-Arab

(FOTO FB selangorfc)

(Pemain import Selangor FC, Yazan Al-Arabi ditamatkan kontrak serta-merta)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Selangor FC menamatkan kontrak pemain importnya, Yazan Al-Arab serta merta susulan insiden layangan kad merah pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu, 24 September lalu.

Menerusi kenyataan kelab itu, menjelaskan tindakan berkenaan diambil selepas menjalankan satu prosiding tatatertib berkaitan insiden berkenaan.

"Kelab telah memutuskan untuk menamatkan kontrak Yazan Al-Arab melalui penamatan kontrak bersama secara serta-merta.

"Kami di Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yazan Al-Arab di atas khidmat dan bakti beliau buat Red Giants sepanjang dua musim bersama dengan Kelab.

Sebelum ini, Yazan dilayangkan kad merah selepas dia seperti mengatakan sesuatu kepada pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir sejurus tamat perlawanan di Stadium MBPJ.

Pemain itu turut dilihat bertindak luar jangka apabila menyepak bahagian belakang Mohd Hasrol.

 

Media Baharu