fb fb fb fb fb

Sukan Asia: Skuad Skuasy berpeluang tambah emas

(FOTO RTM)

HANGZHOU, 4 Oktober - Kem skuasy negara dilihat berupaya menambah kilauan emas Sukan Asia 2022 selepas kejayaan tiga wakil negara menempah slot final menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Beregu campuran negara, Aifa Azman dan Mohammad Syafiq Mohd Kamal terawal mengesahkan slot ke final selepas menundukkan wakil India 2-1.

Beraksi di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, pasangan negara itu memerlukan 38 minit untuk menjinakkan pasangan ranking ketiga kejohanan, Anahat Singh-Abhay Singh. 

Pada saingan akhir, mereka akan mementang lawan dari India, Dipika Pallikal-Harinder Pal.

Sementara itu, kecemerlangan skuad negara diteruskan perseorangan wanita negara, S.Sivasangari yang mudah menjinakan wakil Jepun, 11-8,11-8,11-4 dalam tempoh 30 minit.

Menanti Sivasangari di aksi penentuan pingat emas adalah Chan Sin Yuk dari Hong Kong.

Dalam pada itu, peluang negara menambah pingat juga hadir menerusi perseorangan lelaki, Ng Eain Yow yang terpaksa bekerja keras untuk menewaskan lawan dari Qatar, Abdulla Al-Tamimu dengan keputusan 10-12,11-7,11-9,11-5 dalam tempoh 52 minit.

Menanti Eain Yow pada aksi final antara pemenang Leung Chin Hin dan Saurav Ghosal.


(FOTO RTM)

 

Media Baharu