fb fb fb fb fb

Kejohanan Piala Skuasy ACE Malaysia 2023, peluang promosi Negeri Sembilan

SEREMBAN, 4 Oktober - Kejohanan Piala Skuasy ACE Malaysia 2023 dijangka bakal menarik lebih 4,000 pelancong dari dalam dan luar negara.

Ia bakal berlangsung pada 6 hingga 10 November ini di Gelanggang Skuasy Kompleks Sukan Datuk Haji Mohd Said, Negeri Sembilan.

Menurut Exco Pelancongan Kesenian dan kebudayaan Negeri Sembilan NicoleTan Lee Koon, penganjuran kejohanan peringkat antarabangsa yang menampilkan pemain ternama dunia itu membuka peluang kepada kerajaan negeri untuk mempromosikan keindahan dan keunikan negeri kepada pelancong yang hadir.

"Tetapi pemain-pemain ini dia tidak datang seorang diri, dia akan bawa ahli keluarga dia akan bawa jurulatih atau pemain piala dunia, dia akan bawa penyokong dia mungkin penyokong dia akan ikut.

Jadi, kerajaan negeri ingin mempromosikan Negeri Sembilan kepada mereka ini dan saya sudah beritahu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) supaya kita jangan lepaskan kesempatan ini.

"Kita panggil pemain-pemain ini datang lebih awal daripada masa kejadian pertandingan apabila datang awal kita boleh ajak mereka pergi 'meet and greet the fans' di tempat-tempat pelancongan kami di Seremban," kata NicoleTan, di sini.

(Exco Pelancongan Kesenian dan kebudayaan Negeri Sembilan NicoleTan Lee Koon
bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Kejohanan Piala Skuasy ACE Malaysia 2023)

Dalam pada itu 48 pemain daripada 20 Negara bakal berentap bagi memenangi piala kejohanan itu.

Media Baharu