fb fb fb fb fb

Terengganu FC sahkan tempat di suku akhir Piala FA

(Pemain Terengganu FC (TFC) meraikan kejayaan bersama para penyokong mereka selepas
menumpaskan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak/BERNAMA)

KUALA NERUS, 7 Julai- Terengganu FC (TFC) mengesahkan tempat di peringkat suku akhir Piala FA apabila melakar kemenangan tipis 1-0 terhadap Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi.

Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Nerus, pasukan tuan rumah bermula garang dengan menampilkan corak menyerang.

Seawal minit ke-6, Mohd Faiz Nasir menceriakan lebih 11,000 penyokong tuan rumah menerusi tandukan cantik hasil umpanan pemain sensasi negara Faisal Abdul Halim untuk meletakkan TFC di depan.

(Mohd Faiz Mohd Nasir meraikan kejayaannya selepas menjaringkan gol pertama buat pasukannya
semasa menentang pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC)/BERNAMA)

Bersambung babak kedua pasukan pelawat menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan.

Biarpun TFC hanya bermain 10 pemain selepas pemain import mereka Pape Diakite dilayangkan kad merah pada minit ke-50, KDA FC gagal memanfaatkan peluang untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan hingga wisel penamat.

TFC seterusnya akan menentang Kuching City FC pada suku akhir.

Media Baharu