BUENOS AIRES, 21 April- Hugo Orlando Gatti, penjaga gol legenda Argentina dan bekas bintang pasukan kebangsaan, meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan memaklumkan Gatti dimasukkan ke hospital dua bulan lalu kerana patah pinggul selain mengalami radang paru-paru, buah pinggang dan masalah jantung.
Laporan berita melaporkan susulan kesihatannya yang semakin merosot Gatti telah diberikan suntikan namun pada Ahad dia dilaporkan telah meninggal dunia.
Gatti dengan jolokan 'El Loco,' memegang rekod sebagai pemain yang paling banyak beraksi dengan 765 perlawanan. Dia mula menampilkan aksi perlawanan dari 1962 hingga 1988.
Pada usia 44 tahun Gatti masih berada dalam kesebelasan utama untuk gergasi bola sepak serantau Boca Juniors.
Selain itu, Gatti juga merupakan penjaga gol yang berani berada di luar kotak gol ketika beraksi dalam sesuatu perlawanan.
Gatti berada dalam pasukan Boca Juniors yang memenangi Copa Libertadores pada 1977.
Gatti sepatutnya menjadi penjaga gol permulaan untuk pasukan kebangsaan Argentina yang memenangi Piala Dunia pada 1978 namun kecederaan lutut beberapa bulan sebelum kejohanan itu mengetepikan dia sebagai calon.- AFP