SEREMBAN, 21 April- Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk menamatkan perlawanan akhir aksi Liga Super musim ini dengan keputusan baik musnah, apabila tewas kepada Kuching City 1-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi.
Ketua Jurulatih NSFC K.Nanthakumar berkata, beberapa perancangan taktikal akan dilaksanakan bagi memperkasakan jentera pasukan menjelang musim akan datang.
"Untuk saya kita tahu ini adalah perlawanan terkahir tetapi kita dah buat terbaik. Gawang gol bolos dengan sepakan penalti yang kita tak disangka, kemudian masuk lagi jaringan kedua lagi.
"Jadi itu mungkin membuatkan kita sedikit leka. Itu semua juga menyebabkan semangat terganggu pada separuh masa pertama. Untuk separuh masa kedua kita bangkit dan dapat menjaringkan satu gol daripada Selvan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pada awal minit ke-15 pasukan NSFC dikejutkan dengan sepakan penalti oleh Jordan Mintah selepas semakan video bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan berlaku kekerasan dalam kotak penalti.
Pada minit ke- 36 kuching City terus memanfaatkan kesilapan pertahanan NSFC dengan jaringan gol kedua oleh Petrus Shitembi.
Bagaimanapun skuad Hobin Jang Hobin cuba untuk terus bangkit di separuh masa kedua dan berjaya mendapat kedudukan menerusi rembatan A. Selvan pada minit ke - 71.
Namun kelebihan itu gagal bertahan lama apa Kuching City yang dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak terus berpesta gol dengan jaringan tambahan untuk gol ketiga menerusi sepakan penalti oleh Jordan Mintah.
Keputusan kekal 1-3, hingga tamat perlawanan.
Bagi Ketua Jurulatih Kuching City Aidil Sharin Sahak, beliau berpuas hati dengan penampilan skuad pilihan yang menampilkan aksi cemerlang.
"Saya rasa kami dapat melihat peningkatan ketara berbanding musim lepas. Jadi saya sangat gembira dengan aksi yang ditampilkan skuad pilihan khususnya pada aksi kali ini.
"Kedudukan ke-4 menjadikan skuad terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk mendapatkan tiga mata. Jadi saya sangat gembira, persembahan malam ini bukan mudah kerana kita tahu Negeri Sembilan masih pasukan bagus," katanya.