(FOTO FB BAM)
BUKIT JALIL, 7 Julai- Perkembangan Malaysia Masters 2022 menyaksikan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa akur tewas kepada pemain ranking ke-2 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying dalam aksi rubber set pada pusingan kedua.
Wakil tunggal perseorangan itu tumbang kepada juara Terbuka Indonesia 2022 dengan keputusan 21-16, 7-21, 21-9 dalam tempoh 42 minit.
Bermula baik dengan sokongan padu penyokong sendiri, Jin Wei banyak memaksa Tzu Ying melakukan 'unforced' untuk menguasai set pertama 21-16.
Tzu Ying bagaimanapun mula mendapat rentak pada set kedua yang menyaksikan beliau menang mudah set tersebut dengan keputusan 21-7.
Jin Wei yang terus bergelut dengan masalah kecergasan terus tenggelam pada set penentuan dengan kekalahan 21-9.
Dia berjaya menumbangkan pemain Amerika Syarikat, Zhang Beiwen pada pusingan awal semalam meskipun mengakui tidak cergas sepenuhnya.
Pada Master Malaysia 2019, Jin Wei berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada pemain Thailand, Ratchanok Intanon.
(Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei)