fb fb fb fb fb

Tersingkir ke Liga Kejuaraan: Nistelrooy mahu kepastian masa depan di Leicester City

Pengurus Leicester City, Ruud Van Nistelrooy menggesa pengurusan membuat keputusan berhubung nasibnya di kelab tersebut / Foto REUTERS

LONDON, 21 April-Pengurus Leicester City, Ruud van Nistelrooy, berkata masa depannya bersama kelab itu perlu ditentukan segera ketika kelab itu bersedia untuk memulakan aksi di Liga Kejuaraan Inggeris musim depan.

Kekalahan 1-0 di laman sendiri kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, pada Ahad mengesahkan penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris Leicester menghuni tangga ke-19 dan tersingkir daripada liga utama England.

Bekas penyerang Manchester United itu dilantik pada penghujung November selepas kelab berkenaan berpisah dengan Steve Cooper, namun gagal mengubah nasib pasukan apabila hanya mencatat dua kemenangan dalam 20 perlawanan liga di bawah bimbingannya.

Kekalahan Ahad lalu juga merupakan kekalahan kesembilan berturut-turut Leicester di gelanggang sendiri tanpa sebarang jaringan.

Ia merupakan satu rekod baharu dalam sejarah liga England.

“Kita perlu gunakan masa ini untuk menjadi lebih baik,” kata Van Nistelrooy.

“Kelab akan terus bergerak ke hadapan dan menjadi tugas saya untuk meletakkan kelab dalam kedudukan terbaik", katanya.

Apabila ditanya tentang masa depannya bersama kelab tersebut, Van Nistelrooy menjawab:

“Saya harap segera. Musim baharu akan bermula tidak lama lagi dan persiapan perlu dimulakan.

Lebih awal, lebih baik", katanya.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD