fb fb fb fb fb

Terbuka Malaysia: Jun Hao terkandas, tiada lagi wakil tunggal

Pemain perseorangan lelaki negara, Jun Hao ketika menentang pemain Cina, Lu Guang Zu pada kejohanan Badminton Petronas terbuka Malaysia di Axiata Arena

KUALA LUMPUR, 7 Januari - Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, gagal melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Badminton Terbuka Malaysia 2025 selepas tewas di pusingan pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Leong, yang merupakan wakil tunggal negara dalam kategori tersebut, tewas kepada pemain China, Lu Guang Zu, dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 82 minit.

Pemain diranking ke-29 dunia itu tewas di set pertama 17-21 sebelum bangkit dengan kemenangan 21-16 di set kedua, memaksa permainan dilanjutkan ke set penentuan.

Namun, Lu Guang Zu mempamerkan aksi dominan di set ketiga dengan kemenangan 21-13.

Jun Hou menggalas tanggungjawab sebagai wakil tunggal negara selepas pemain perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia, menarik diri daripada kejohanan ini akibat kecederaan yang dialaminya pada Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.

GRACE AISYAH KEDAYAN