fb fb fb fb fb

Terbuka Korea: Dua pasangan beregu campuran mara ke pusingan ketiga

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menang 21-9, 22-20 ke atas beregu Indonesia Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil.

KUALA LUMPUR, 24 Sept- Dua pasangan beregu campuran negara mara ke pusingan ketiga kejohanan Badminton Terbuka Korea 2025 di Suwon Gymnasium, Suwon hari ini.

Pilihan kelima Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menerajui dengan kemenangan 21-9, 22-20 ke atas beregu Indonesia Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil dalam 33 minit.

Pasangan Malaysia itu akan menentang wakil China Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying pada peringkat seterusnya.

Sementara itu, satu lagi beregu negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut menempah tiket ke pusingan ketiga selepas mengatasi pasangan dari Taiwan Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-13, 22-20.

Mereka akan berdepan wakil tuan rumah Lee Jong Min-Chae Yu Jung bagi merebut tempat ke suku akhir.

Bagaimanapun kempen kejohanan berakhir untuk Hoo Pang Roon-Cheng Su Yin yang memberikan tentangan hebat sebelum tunduk 23-21, 17-21, 19-21 kepada beregu Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat. -BERNAMA

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello