fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia: Aaron Chia-Wooi Yik layak ke pusingan kedua

Foto FB BAM

JAKARTA, 14 Jun- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas menumbangkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

Pilihan kedua kejohanan itu menang 'straight set' 21-16, 21-12 dalam tempoh 33 minit.

Aaron dan Wooi Yik berjaya mempamer permainan kemas meskipun diberi tentangan hebat gandingan dari Indonesia itu sebelum menang set pertama 21-16.

Wakil negara yang berada di ranking ketiga dunia itu kemudian tidak berdepan banyak masalah untuk menguasai set kedua dengan kemenangan 21-12.

Aaron dan Wooi Yik bakal berdepan sama ada gandingan Taiwan, Su Ching Heng-Ye Hong Wei atau beregu Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Hyo Ho dalam pusingan kedua.


(Foto FB BAM)

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga berjaya mara selepas menundukkan gandingan England, Gregory Mairs-Jenny Moore dengan kemenangan 21-14,21-13.

Kian Meng-Pei Jing akan menentang beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentaro pada pusingan kedua.

Dalam pada itu, harapan untuk melihat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melangkah jauh dalam saingan kali ini tidak kesampaian.

Pemain ranking ke-11 dunia itu tunduk 21-17,21-13 kepada wakil India, Lakshya Sen.

Media Baharu