fb fb fb fb fb

Resepi Kim Pan Gon berhasil, Malaysia menang 4-1

Foto FB FAM

KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Skuad Harimau Malaya mudah menumbangkan Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, malam tadi.

Pertembungan menyaksikan skuad negara mendominasi permainan dengan menampilkan lebih 70 peratus penguasaan bola.

Malaysia yang diketuai pemain sayap, Faisal Halim bagaimanapun tersentak dengan jaringan awal Kepulauan Solomon yang mudah disudahkan Raphael Leai pada minit ke-11.

Tidak mudah panik, skuad kendalian Kim Pan Gon kembali memperkemas permainan dan memperoleh gol penyamaan menerusi rembatan penyerang naturalisasi, Paolu Josue pada minit ke-40.

Malaysia terus garang meledak gol kedua hasil sepakan penalti yang disempurnakan pemain bintang tempatan, Ariff Aiman Hanapi pada masa tambahan babak pertama.

Memasuki babak kedua, Pan Gon memasukkan Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Lee Tuck bagi menajamkan bahagian serangan.

Percaturan itu nyata berhasil selepas Safawi Rasid dan Lee Tuck masing-masing menyumbat gol pada minit ke- 77 dan 90.

Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat permainan.

Pasukan Harimau Malaya dijadual bertemu Papua New Guinea untuk aksi persahabatan seterusnya pada 20 Jun nanti, di gelanggang sama.


(Foto FB FAM)

Media Baharu