fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan di Birmingham pasang sepanduk menjelang kunjungan Maccabi Tel Aviv

Sekumpulan penunjuk perasaan di Birmingham memasang sepanduk dan bendera Palestin di atas sebuah jalan utama menjelang perlawanan Liga Europa antara Aston Villa menentang Maccabi Tel Aviv/ REUTERS

BIRMINGHAM, 6 November – Sekumpulan penunjuk perasaan di Birmingham memasang sepanduk dan bendera Palestin di atas sebuah jalan utama pada Rabu menjelang perlawanan Liga Europa antara Aston Villa menentang Maccabi Tel Aviv.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Villa Park pada Khamis itu mencetuskan kontroversi selepas penyokong pasukan pelawat dilarang hadir berikutan kebimbangan keselamatan awam yang dibangkitkan oleh pihak polis.

Tindakan itu menyusul selepas protes berlaku semasa kelayakan Piala Dunia melibatkan pasukan kebangsaan Israel menentang Norway dan Itali.

Pihak Aston Villa menjelaskan bahawa mereka mengikut arahan Kumpulan Penasihat Keselamatan (SAG) yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil keselamatan bagi perlawanan di Villa Park berdasarkan pelbagai faktor fizikal dan keselamatan.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, terus berdepan desakan antarabangsa supaya mengambil tindakan berhubung peperangan di Gaza, dengan pegawai Palestin mendesak agar Israel digantung daripada bola sepak antarabangsa. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN