ROTTERDAM, 15 Jun- Jaringan Bruno Petkovic dan Luka Modric pada masa tambahan sudah memadai buat Croatia menewaskan tuan rumah, Belanda 4-2 pada Rabu.
Skuad bimbingan Zlatko Dalic yang berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 semakin hampir memenangi trofi pertama sekali gus membuktikan pasukan itu sebagai pakar tambahan masa.
Pada perlawanan semalam, pemain Croatia, Andrej Kramaric dan Mario Pasalic menjaringkan gol-gol buat skuad itu pada separuh masa kedua.
Skuad Belanda sebelum itu, mendahului 1-0 hasil jaringan Donyell Malen pada separuh masa pertama sebelum Noa Lang menyamakan kedudukan pada minit ke-96 perlawanan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Bruno Petkovic memadamkan impian Belanda bagi mara ke perlawanan akhir dengan jaringan pada minit ke-98 sebelum jaringan Modric pada minit ke-116 memadamkan sisa kebangkitan Belanda.
Pengurus Croatia, Zlatko Dalic berkata kejayaan ke perlawanan akhir merupakan hadiah buat rakyat Croatia.
"Kemenangan ini adalah untuk rakyat Croatia.
"Kami menewaskan Belanda di hadapan penyokong sendiri", kata Dalic kepada Stesen televisyen negara itu, Nova TV.
Kejuaraan Liga Negara UEFA merupakan peluang terakhir buat pemain veteran, Luka Modric bagi menjulang kejayaan di peringkat antarabangsa.-AFP
(FOTO AFP)