LISBON, 6 November - Penyerang gantian Bayer Leverkusen, Patrik Schick, muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal yang menghadiahkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Benfica dalam aksi Liga Juara Eropah.
Pada perlawanan tersebut, Benfica yang bermain di laman sendiri bermula garang pada separuh masa pertama menyaksikan dua percubaan pasukan berkenaan terkena palang masing-masing menerusi Dodi Lukebakio dan Nicolas Otamendi.
Bersambung babak kedua, Leverkusen berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-65 menerusi tandukan Shick hasil kesilapan pemain pertahanan Benfica Samuel Dahl.
Kesilapan itu mencetus kemarahan Mourinho yang segera melakukan tiga pertukaran serentak, termasuk mengeluarkan Dahl bagi digantikan dengan Andreas Schjelderup.
Kemasukan pemain Norway itu berjaya mengubah serangan Benfica dan menghasilkan satu lagi peluang keemasan buat Lukebakio pada minit ke-86.
Namun percubaannya mudah diselamatkan oleh penjaga gol Leverkusen.
Kemenangan tersebut meletakkan Leverkusen di tangga ke-21 liga.
Manakala, Benfica gagal memungut sebarang mata dan berada di dasar liga.
Kekalahan itu turut memanjang rekod tanpa kemenangan skuad kendalian Jose Mourinho kepada empat perlawanan berturut-turut. - REUTERS