fb fb fb fb fb

Liga Juara Eropah: Manchester City menang bergaya

Aksi penyerang Manchester City, Erling Haaland pada perlawanan menentang Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara Eropah/REUTERS

MANCHESTER, 6 November - Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas wakil Jerman, Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara Eropah di laman sendiri.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland meledak satu gol menentang bekas kelabnya itu, manakala Foden menjaringkan dua gol untuk memastikan skuad kendalian Pep Guardiola naik ke tangga keempat dengan 10 mata selepas empat perlawanan.

Pada perlawanan berkenaan, Phil Foden membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-22 selepas menerima hantaran Tijjani Reijnders sebelum melepaskan rembatan kaki kiri kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel.

Haaland kemudiannya menambah gol kedua pada minit ke-29 hasil lorongan Jeremy Doku.

Jaringan berkenaan merupakan gol ke-27 dalam 17 perlawanan.

Bersambung babak kedua, Foden sekali lagi melengkap hari gemilangnya menerusi gol kedua peribadinya hasil rembatan menarik pada minit ke-57.

Dortmund berjaya mendapatkan gol saguhati menerusi sepakan percuma Waldemar Anton pada minit ke-72.

Manchester City menutup permainan dengan gol keempat pada masa kecederaan menerusi Rayan Cherki. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD