fb fb fb fb fb

Terbuka India: Pearly Tan-M.Thinaah tewas ditangan Jepun, kandas di separuh akhir

Foto FB BAM

NEW DELHI, 21 Januari- Perjalanan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah terkandas di pusingan separuh akhir Terbuka India.

Gandingan pilihan ke-8 dunia itu tewas, 14-21 dan 16-21 kepada pasangan Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama.

Pada set pertama, pasangan beregu negara gagal merapatkan jurang mata

Kemenangan 'straight set' itu menyaksikan wakil Jepun melangkah ke pusingan akhir untuk bertemu sama ada wakil dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan atau Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan.

Terdahulu, Pearly Tan-M.Thinaah berjaya menundukkan lawan dari India, China Taipei dan Jepun untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Pearly Tan-M.Thinaah merekodkan kekalahan ketiga dalam siri kejohanan dunia selepas pernah bergelar juara pada Terbuka Perancis, Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, keputusan layak hingga ke peringkat separuh akhir kali ini memperbaiki pencapaian tempoh hari pada Terbuka Malaysia selepas mereka tewas awal kepada pasangan adik-beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva.

Gandingan negara itu akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi saingan Masters Indonesia di Jakarta yang akan berlangsung bermula Selasa ini.


(Foto FB BAM)

 

Media Baharu