fb fb fb fb fb

Aaron Chia-Wooi Yik baham 'Garuda', layak ke pusingan akhir

Foto FB BAM

NEW DELHI, 21 Januari- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan akhir badminton Terbuka India.

Ia selepas kemenangan kedua yang diperoleh dalam saingan 'rubber-set' menentang wakil Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto dengan kutipan mata 11-21,21-15 dan 21-16, sebentar tadi.

Set pertama menyaksikan gandingan negara masih mencari rentak permainan sekali gus peluang dimanfaat regu Indonesia untuk mendominasi permainan.

Bagaimanapun, Aaron Chia-Wooi Yik bangkit menerusi set kedua, menekan pihak lawan selain kurang melakukan pukulan 'unforced error'.

Momentum sama dibawa untuk set ketiga, mendahului permainan dengan jurang empat mata dan berjaya menamatkan tempoh permainan dalam masa 53 minit.

Pertembungan itu turut menyaksikan Aaron Chia-Wooi Yik berjaya menundukkan wakil Indonesia untuk kali keempat.

Beregu di ranking ketiga dunia itu bakal berentap antara wakil dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Sung Jae atau wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang untuk merebut gelaran juara Terbuka India edisi kali ini.


(Foto FB BAM)

Media Baharu