fb fb fb fb fb

Warga emas maut dilanggar Martinez

Foto REUTERS

MILAN, 29 Oktober - Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun yang menggunakan kerusi roda elektrik meninggal dunia selepas dilanggar kereta yang dipandu penjaga gol Inter Milan, Josep Martinez.

Menurut polis Itali, kejadian itu berlaku pagi Selasa di bandar Fenegrò dalam wilayah Como, di utara Itali.

Polis percaya mangsa mungkin mengalami serangan jantung atau tidak sedarkan diri sebelum kerusi roda itu melencong ke laluan kereta dipandu Martinez, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Inter enggan mengulas mengenai perkara itu.

Malah, turut membatalkan sidang media yang dijadualkan pada Selasa, menjelang perlawanan Serie A di tempat sendiri menentang Fiorentina pada Rabu.

Martinez, 27, telah membuat satu penampilan bersama-sama skuad kebangsaan Sepanyol dan berkhidmat sebagai penjaga gol kedua bersama pasukan Inter.

Dia menyertai Inter tahun lepas dari Genoa dan setakat telah membuat 12 penampilan untuk pasukan Itali itu. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN