fb fb fb fb fb

Dani Alves dipenjara, didakwa lakukan serangan seksual

FOTO REUTERS

BARCELONA, 21 Januari- Pemain pertahanan Brazil, Dani Alves ditahan pihak berkuasa Sepanyol selepas didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Menurut kenyataan mahkamah, hakim di Barcelona mengambil tindakan berkenaan selepas menyoal pemain berusia 39 tahun itu bersabit kejadian yang berlaku di sebuah kelab malam.

Sumber rapat memaklumkan hakim terpaksa mengambil tindakan itu selain seperti yang dipohon pendakwa raya, kerana mengambil kira ada risiko Alves akan melarikan diri.

Alves, seorang daripada pemain paling berjaya dalam bola sepak, ditahan awal pagi tadi selepas dipanggil ke balai polis di Barcelona dan dihantar untuk berdepan penghakiman.

Polis Catalonia berkata mereka menerima laporan pada 2 Januari daripada seorang wanita yang mendakwa Alves melakukan serangan seksual.

Dakwaan serangan seksual di Sepanyol membabitkan apa-apa sahaja daripada meraba-raba dalam keadaan tidak diingini hinggalah merogol.

Polis enggan memberi keterangan lanjut berhubung kes berkenaan, bagaimanapun sumber rapat memberitahu AFP, bahawa Alves didakwa melakukan kes rogol. -AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu