fb fb fb fb fb

'The Speedy Tigers' lonjak ke ranking ke-9 dunia

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, arena sukan negara menerima berita gembira tentang pencapaian membanggakan skuad hoki lelaki negara di pentas antarabangsa.

Selain mengintai slot ke suku akhir Piala Dunia 2023 di India, pencapaian skuad kendalian A. Arul Selvaraj itu turut berjaya melonjakkan ranking Malaysia ke kedudukan kesembilan dunia.

Sebelum ini, mata ranking menjadi antara misi skuad negara di Piala Dunia kerana ia bakal memainkan peranan penting dalam undian peringkat kumpulan di Piala Asia di China nanti.

Pada kejohanan itu, Malaysia meletakkan sasaran meraih pingat emas yang turut menawarkan tiket automatik ke Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas kali terakhir beraksi ketika edisi 2000 di Sydney.

Dengan meraih kemenangan 3-2 ke atas Chile dan New Zealand, Malaysia bukan saja mengintai tempat ke suku akhir, malah turut memperbaiki ranking dunia dari kedudukan ke-10 sebelum ini.

Ketika ini, India berada di ranking tertinggi bagi pasukan Asia iaitu di kedudukan keenam manakala Korea Selatan ke-10.

The Speedy Tigers berpeluang melonjak ke tangga kelapan dunia seandainya berjaya menewaskan Sepanyol di saingan kalah mati esok dan layak ke suku akhir.

Kedudukan terbaik Malaysia adalah di tempat keempat pada Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur 1975.

Ketika berada di ranking kelapan dunia, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah pada 2002 dan gagal melepasi saingan 'cross over'.


(Foto FB MHC)

Media Baharu