KUALA LUM 19 Januari - Pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, mencipta sejarah apabila menamatkan kemarau 25 tahun di Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi sebentar tadi selepas menumpaskan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, pasangan beregu itu mempamerkan aksi cemerlang pada set pertama, namun lawan berjaya bangkit di set kedua.
Pada set penentuan, Sze Fei-Izzuddin kembali menyerlah dan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Kejayaan ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan bernilai USD70,300 (kira-kira RM316,350)
Kali terakhir beregu lelaki negara merangkul gelaran di Terbuka India adalah pada tahun 2010, menerusi pasangan Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.