fb fb fb fb fb

TSG tampil lima muka baharu harungi cabaran musim 2025

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 21 Januari-Lima pelumba baru diperkenalkan pasukan Terengganu Cycling Team, (TSG) bagi mengharungi kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim 2025.

Empat pelumba import dan seorang pelumba tempatan, Muhammad Haizam Mohd Sabri yang dinaikkan pangkat daripada pasukan TSG Cycling Academy.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata kemasukan Muhammad Haizam adalah bagi menggantikan Irwandie Lakasek.
 
Selain mengekalkan tiga lagi pelumba import sebelum ini, Metkel Eyob dari Eritrea, Anatolii Budiak, Ukraine dan Aiman Cahyadi,Indonesia.
 
Sementara peranan kapten pasukan dipikul Nur Amirull Fakhurddin Mazuki, dibantu pelumba berpengalaman Mohd Harrif Salleh.

"Sebenarnya kita sudah gabung jalin di antara pelumba tempatan dan juga import sedia ada. Cuma pengganti telah dibuat.

"Antaranya Vadin Denisovic Pronskiy dari Kazastan. kita ada Stefan Jaco De Bod, Afrika Selatan, Mathias Bjorn Bregnhoj, Denmark dan Adne Willemjan Van Engelen dari Belanda. dan Insya-Allah kita opitimis untuk mencapai sekurang-kurangnya juara Asia", katanya demikian selepas majlis Pelancaran Memperkenalkan Pelumba dan Barisan Penaja Pasukan TSG 2025 di sini, pada Isnin.

Skuad bimbingan Mohd Saiful Anuar Aziz ini memenangi 53 podium daripada 39 pelumbaan UCI musim lepas dan dinobatkan sebagai juara Asia selama empat tahun berturut sejak 2021.
 
Selain merangkul gelaran pasukan terbaik benua untuk kali ketiga, selepas mengetepikan 178 kelab lain.

Pada musim 2025 ini, TSG memperoleh RM9.5 juta penajaan dari segi tunai, barangan serta perkhidmatan daripada 22 buah syarikat.  

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD