fb fb fb fb fb

Terbuka Guadalajara : Stakusic lakar kejutan, singkir pemain pilihan Ostapenko

Pemain tenis muda Kanada, Marina Stakusic / REUTERS

MEXICO, 13 September - Pemain muda Kanada, Marina Stakusic, mencipta kejutan di Terbuka Guadalajara apabila menyingkirkan pilihan ketiga Jelena Ostapenko dari Latvia 6-4, 6-7(6), 6-2 pada Jumaat, sehari selepas perlawanan itu tertangguh.

Stakusic, 20, yang kini berada di ranking ke-155 dunia, bermula garang di set penentuan dengan mendahului 4-0 dan memenangi 17 daripada 19 mata awal.

Dia turut memanfaatkan 13 'double fault' Ostapenko serta menyempurnakan lima daripada enam peluang break.

Stakusic seterusnya bakal berdepan Emiliana Arango dari Colombia di suku akhir.

Dalam aksi lain, pemain Perancis, Elsa Jacquemot, mengejutkan pilihan keenam dari Jerman, Tatjana Maria, 3-6, 6-4, 6-4.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE