BUKIT JALIL, 13 September - Pasukan boling RTM, News Strikers Seksyen Berita Radio berjaya meraih tempat kedua Kejohanan Boling Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) 2025 yang dilangsungkan di sini.
Pasukan diwakili Khairol Azwan Arba, Azrul Faizal Jusoh, Jalaluddin Baharin serta Izyani Izza Ismail itu merekodkan 1,138 jatuhan pin untuk muncul sebagai naib juara.
Sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM800, hamper dan sijil penyertaan.
Tempat pertama pula dimenangi pasukan penaja F&N yang membawa pulang wang tunai RM1,000, hamper dan sijil penyertaan.
Kejohanan tahunan itu disertai 24 pasukan secara keseluruhan termasuk daripada pelbagai agensi media.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengurus Besar Yakeb, Zuhairi Abdul Manaf.
