FLORIDA, 13 September - Pemain nombor satu Amerika Syarikat, Taylor Fritz memastikan kedudukan terikat 1-1 menentang Republik Czech pada saingan Piala Davis selepas menewaskan pemain ranking ke-17 dunia, Jakub Mensik di Delray Beach, Florida.
Dalam aksi pembukaan yang berlangsung dalam keadaan hujan, wakil Czechia, Jiri Lehecka menewaskan Frances Tiafoe 6-3, 6-2.
Bagaimanapun, Fritz bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi kemenangan straight set 6-4, 6-3.
Aksi akan bersambung esok dengan perebutan slot ke Final 8 menjadi taruhan.-REUTERS
