COPENHAGEN, 22 Oktober- Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu nombor satu negara, Aaron Chiah-Soh Wooi Yik berjaya menempah slot ke saingan akhir kejohanan badminton terbuka Denmark.
Pada saingan separuh akhir yang berlangsung malam tadi, Zii Jia yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Arctic, minggu lalu tidak berdepan masalah mencatat kemenangan 21-15, 21-17 menewaskan pemain dari Hong Kong, Cheuk Yiu.
Zii Jia bakal bertemu pemain ranking ke-20 dari China, Weng Hong Yang pada final yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Aaron- Wooi Yik menepati ramalan melangkah ke saingan akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Kim Astrup- Anders Skaarup Rasmussen, 21-16, 15-21,15-21.
Selepas ini Aaron-Wooi Yik bakal bertemu gandingan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri- Bagas Maulana bagi merebut gelaran kejohanan.
(FOTO FB BAMalaysia)