IPOH, 21 Oktober- Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan penantian 32 tahun untuk bergelar juara selepas menewaskan Putrajaya 29-22 dalam aksi final petang tadi.
Selepas kecewa di peringkat separuh akhir tahun lepas, PDRM tampil dengan aksi lebih bertenaga untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1991.
Babak pertama menyaksikan PDRM lebih banyak menguasai permainan dengan empat try dan dua conversion berjaya dihasilkan.
(PDRM tamatkan penantian 32 tahun untuk bergelar juara selepas menewaskan Putrajaya 29-22 dalam aksi final petang tadi)
Dua try PDRM disumbang Muhd Danial Noor Hamidi dan masing-masing satu oleh K Dinesvaran dan Qio-levu Moa-pe, manakala conversion oleh Lee James Chapman.
Dalam pada itu Putrajaya hanya berjaya menghasilkan satu try dan satu conversion masing-masing disempurnakan Nadamu Damasino Nolevu dan Mohd Firdaus Mohd Zahed.
Babak pertama berakhir PDRM mendahului 24-7.
Bersambung separuh masa kedua, Putrajaya cuba mempamer kebangkitan dengan menghasilkan dua try, dua conversion dan satu menerusi tendangan penalti.
Bagaimanapun try oleh Zulkiflee Azmi pada lewat permainan mengesahkan kemenangan kali ke-4 PDRM dalam kejohanan Ragbi Piala Agong.
Terdahulu, Sabah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 62-19 pada penentuan tempat ketiga.