CHERAS, 22 Oktober - Terengganu FC (TFC) berjaya mengatasi tekanan beraksi di tempat lawan selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC 2-1 pada separuh akhir di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di sini, pada Ahad.
Pada perlawanan tersebut, TFC bermula garang apabila mendominasi 20 minit pertama permainan. Namun perlawanan menjadi seimbang selepas KL City mula merampas penguasaan sekali gus menghangatkan suasana.
Gol awal hadir menerusi penyerang import Terengganu, Ivan Mamut pada masa tambahan babak pertama permainan.
Pasukan pelawat terus menambah jaringan kedua pada minit ke-67 menerusi Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim.
Hasrat TFC untuk menamatkan aksi dengan bekalan selasa 2-0 tidak kesampaian apabila KL City berjaya merapatkan jurang menerusi Tchetche Kipre hasil sepakan penalti pada masa tambahan.
Terengganu bakal melayani kunjungan KL City FC untuk aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus pada 3 November ini.
(FOTO FBÂ malaysianfootballleague)