fb fb fb fb fb

Terbuka Cincinnati: Sabalenka sedia berdepan Rybakina pada suku akhir

Foto Reuters

OHIO, 14 Ogos- Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Aryna Sabalenka mara ke pusingan suku akhir Terbuka Cincinnati.

Ini selepas beliau berjaya menundukkan Jessica Bouzas Maneiro 6-1, 7-5 pada Rabu.

Juara bertahan itu tampil lebih mudah menentang pemain Sepanyol tersebut, mencatatkan kemenangan ke-50 musim ini dalam tempoh satu jam 20 minit.

Sabalenka seterusnya akan berdepan Elena Rybakina dalam pertembungan dijangka sengit, selepas pemain pilihan kesembilan dari Kazakhstan itu bangkit menewaskan Madison Keys 6-7(3), 6-4, 6-2. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM