BEIJING, 29 September- Juara bertahan, Coco Gauff terpaksa berhempas pulas hampir dua jam 45 minit sebelum menempah tiket ke pusingan 16 Terbuka China selepas menewaskan Leylah Fernandez 6-4, 4-6, 7-5.
Dalam aksi penuh dengan rali panjang, Gauff berjaya mengawal permainan meskipun hilang rentak pada set kedua.
Gauff dijadual menentang Belinda Becic, wakil Switzerland untuk aksi seterusnya.
Sementara itu, pemain nombor enam dunia, Jasmine Paolini tidak berdepan masalah apabila menundukkan Sofia Kenin dalam straight set.
Paolini bermula cemerlang pada set pertama dengan meraih tiga mata awal sebelum langsung tidak melepaskan sebarang mata pada set kedua untuk mencatat kemenangan 6-3, 6-0.
Menanti di pusingan 16, Paolini bakal berdepan cabaran daripada Marie Bouzkova dari Republik Czech.
Dalam satu lagi aksi, Amanda Anisimova yang sebelum ini menyingkirkan wakil Britain, Katie Boulter, terpaksa bekerja keras menamatkan set pertama menentang pilihan tuan rumah, Zhang Shuai.
Set tersebut berlanjutan lebih sejam dengan Anisimova terpaksa menyelamatkan tiga mata penentuan sebelum menang menerusi tie-break 12-10.
Namun, set kedua berlangsung lebih mudah apabila Anisimova menutup perlawanan 7-6(10), 6-0 sekali gus mara ke pusingan 16 untuk bertemu Karolina Muchova. -REUTERS