fb fb fb fb fb

Terbuka Australia: Nadal tewas ditangan Cameron Norrie

FOTO AFP

SYDNEY, 1 Januari- Persiapan pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal sedikit terganggu untuk mempertahankan gelaran Terbuka Australia apabila tewas ditangan Cameron Norrie pada Kejohanan United Cup.

Kekalahan dalam pertarungan tiga set itu sekali gus menyaksikan pasukan Nadal iaitu Sepanyol ketinggalan 0-2 kepada Britain dalam saingan berpasukan campuran tersebut.

Nadal memulakan kempen tahun lalu dengan menjulang gelaran Terbuka Australia dan Terbuka Perancis sebelum berehat panjang akibat kecederaan.

Juara 22 gelaran Grand Slam itu menang mudah 6-3 di set pertama sebelum Norrie mula bangkit dalam dua set seterusnya untuk mencatat kemenangan 6-3 dan 6-4.

Ini kali pertama Norrie yang berada di ranking ke-14 dunia, menang ke atas Nadal fdalam lima pertemuan.

Sebelum itu, Katie Swan meletakkan Britain di depan selepas bangkit menewaskan Nuria Parrizas Diaz dalam acara perseorangan wanita.

Swan tewas 3-6 di set pertama, namun menunjukkan kualiti sebenar dengan mendominasi set kedua 6-1 sebelum menutup permainan dengan 6-2.

Kejayaan itu membantu pasukan Britain mendahului Kumpulan D.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu