fb fb fb fb fb

Luis Suarez sertai kelab Brazil

 (FOTO AFP/DIVULGACAO GREMIO FBPA)

URUGUAY, 2 Januari- Luis Suarez menyertai kelab Brazil, Gremio dengan mengikat perjanjian selama dua tahun.

Difahamkan, Suarez turut dikehendaki oleh pasukan Mexico, Cruz Azul, tetapi Gremio telah memenangi perlumbaan untuk mendapatkan tandatangannya.

Penyerang Uruguay berusia 35 tahun itu meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya, Nacional dengan meneruskan kerjayanya di Brazil.

Suarez pertama kali meninggalkan Nacional pada 2006 untuk semusim di kelab Belanda, FC Groningen sebelum menghabiskan empat tahun di Ajax, Amsterdam.

Dia kemudian menyertai Liga Perdana pada 2011 dan menghabiskan tiga musim di Liverpool, sebelum berpindah ke Sepanyol di mana dia bermain untuk Barcelona dari tahun 2014 hingga 2020 dan kemudian Atletico Madrid hingga akhir musim lalu.

Bersama Barca, Suarez memenangi Liga Juara-Juara pada 2015, dan La Liga sebanyak empat kali.

Suarez sekali lagi dinobatkan sebagai juara La Liga bersama Atletico pada 2021. -AFP

(FOTO AFP/DIVULGACAO GREMIO FBPA)

Media Baharu