fb fb fb fb fb

Kejohanan Dunia M4 Mobile Legends: Todak mula langkah kanan

(Pertempuran antara Todak dan Onic)

BALI, 2 Januari- Wakil negara, pasukan Todak memulakan kempen Kejohanan Dunia M4 Mobile Legends: Bang Bang 2022, dengan langkah kanan apabila meraih dua kemenangan dalam kumpulan B pada Ahad.

Kemenangan pertama diraih selepas menundukkan wakil dari Peru, Malvinas Gaming dengan keputusan 21-2.

Manakala pada perlawanan kedua menentang wakil tuan rumah, Onic Indonesia, strategi melepaskan hero pilihan pasukan itu membuahkan hasil.

Todak berjaya menutup perlawanan dengan keputusan 14-12.

Ketua jurulatih Todak, Ariff Iswandi berpuas hati pasukannya, selepas memperoleh momentum terbaik untuk membawa pulang trofi kejuaraan ke tanah air.

Todak kini mendahului kumpulan B dengan dua mata kemenangan.


(Pertempuran antara Todak dan Onic)

Media Baharu