KUALA LUMPUR, 4 Julai-Skuad dart Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) 2025, di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, selepas memenangi dua emas.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, JBPM memaklumkan pasukan berkenaan turut merangkul 1 pingat perak.
Dalam acara yang dilangsungkan di BJCC Exhibits Halls itu, JBPM meraih emas menerusi acara beregu lelaki Cricket (Divisyen B) menerusi gandingan Junarizal Jusoh dan Shaiful Anuar Wahab.
Pingat Perak pula disumbangkan menerusi gandingan Rosbaizuranie Bokun dan Arni Sharliza Mohamad dalam acara beregu wanita Cricket.
WPFG 2025 yang berlangsung dari 27 Jun hingga 6 Julai depan merupakan kejohanan berprestij bertaraf antarabangsa, menghimpunkan lebih 8,500 atlet dari lebih 70 negara.
Ia menampilkan lebih 60 jenis sukan termasuk dart, badminton, bola sepak, olahraga, dan renang, khusus untuk anggota keselamatan seperti polis, bomba, kastam dan pasukan penyelamat.