(FOTO AFP)
BARCELONA, 2 Januari - Pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior menuduh La Liga tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan penderaan perkauman terhadapnya.
Penyerang Brazil itu diejek oleh beberapa penyokong ketika pertemuan Real Madrid dengan Real Valladolid di Stadium Jose Zorrilla, Sabtu lalu.
Vinicius kesal kerana insiden itu masih berlaku meskipun terhadap kelab gergasi dalam La Liga.
(Vinicius Junior menuduh La Liga tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan penderaan
perkauman terhadapnya/ AFP)
Sementara itu, jurucakap La Liga berkata, pihaknya sedang menyiasat perlawanan itu dan akan bekerjasama dengan kelab dan pihak berkuasa untuk mengenal pasti pesalah.
Tegasnya, ucapan kebencian tidak mempunyai tempat dalam La Liga. -AFP