fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Mikel Arteta rendah diri, anggap saingan masih terbuka

(FOTO AFP)

LONDON, 1 Januari-Arsenal mengambil sikap merendahkan diri berhubung peluang pasukan itu menjuarai liga.

'The Gunners' ketika ini mendahului liga dengan kelebihan 7 mata di hadapan Manchester City selepas kemenangan mengatasi Brighton & Hove Albion 4-2 pada perlawanan yang diadakan pada sambutan tahun baru.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata jurang mata sebagai pendahulu liga tidak membawa sebarang erti buat pasukannya.

Sebaliknya, pasukan yang berpengkalan di utara London itu menegaskan fokus pasukan itu kini terarah kepada memperbaiki kelemahan yang ada.

"Pasukan ini masih lagi perlu memperbaiki kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan", ujar Arteta.

Pada perlawanan semalam, Arsenal berjaya menjaringkan gol menerusi Bukayo Saka, Martin Odegaard, Edward Keddar Nketiah dan Gabriel Martinelli.

Arsenal kini berpeluang menjuarai kejuaraan liga sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 2003.-bbc.com


(Pengurus Arsenal, Mikel Arteta ketika perlawanan menetang 
Brighton & Hove Albion/ FOTO AFP)

Media Baharu