fb fb fb fb fb

Peminat Al Nassr beratur dapatkan jersi Cristiano Ronaldo

(FOTO AFP)

RIYADH, 1 Januari-Kelab Al Nassr dilihat sudah mula menuai hasil susulan kejayaannya membawa bintang Portugal, Cristiano Ronaldo ke liga Arab Saudi.

Peminat kelab tersebut mula beratur untuk mendapatkan jersi nombor 7 yang akan dipakai Ronaldo.

Perpindahan pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu ke Al-Nassr diumumkan kelmarin dengan kontrak dua setengah tahun bernilai lebih 200 juta Euro.

Jumlah itu menyaksikan Ronaldo muncul atlet termahal di dunia ketika ini.

Mengikut kontrak itu juga, pemain itu akan terlibat dalam bidaan Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Al-Nassr tidak menunggu lama untuk mencetak barangan berkaitan Ronaldo selepas perpindahannya disahkan.

Pemain berusia 37 tahun itu menjadi ejen bebas sejak beberapa minggu lalu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu.

Keputusan itu dibuat selepas dia mengkritik kelab dan pengendali, Erik ten Hag dalam satu wawancara.

Berita berkenaan penamatan kontrak Ronaldo hadir ketika dia bersama Portugal di Piala Dunia Qatar, dan dia gagal memberi impak dengan hanya menjaringkan satu gol sebelum tewas di suku akhir kepada Maghribi.


(Peminat-peminat kelab Al-Nassr berpusu-pusu ke pusat membeli-belah bagi
mendapatkan jersi Cristiano Ronaldo / FOTO AFP)

Media Baharu