fb fb fb fb fb

Emman Azman mahu luaskan karier sebagai penggusti profesional

KUALA LUMPUR, 1 Januari-Juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Inter Commonwealth, Emman Azman, intai peluang pergi lebih jauh di peringkat antarabangsa.

Dia berharap dengan apa yang dicapainya akan menjadi inspirasi buat anak-anak muda Malaysia untuk menceburi sukan gusti ini dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.

Bercakap mengenai misinya, Emman berazam untuk menjadi ahli gusti profesional dan ingin meluaskan kariernya ke negara kuasa besar gusti seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

"Saya telah bergusti hampir 10 tahun.Namun tiada banyak sokongan di Malaysia. Sambutan kepada gusti memang ada di Malaysia. Saya berpendapat gusti perlu dijdikan sebagai sukan. Ini akan membantu masa depan remaja di Malaysia", katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu bagi program Selamat Pagi Malaysia di RTM pagi tadi.

Emman turut mengingatkan golongan muda yang ingin menceburi sukan ini agar mengikut saluran yang betul.

Paling penting mereka perlu mendalami aspek keselamatan bagi mengelakkan kecederaan.

Selain itu, Emman yang juga digelar Golden Boy berharap, sukan gusti ini mampu membuka mata pihak kerajaan dan penaja.

Selepas ini, Emman akan bertanding dalam kejohanan Singapore Pro Wrestling (SPW) di Singapura pada 27 Januari disusuli kejohanan di Thailand sehari selepas itu.


(Juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Inter Commonwealth, Emman Azman
ingin luaskan karier sebagai penggusti Profesional / FOTO RTM)

Media Baharu