CINCINNATI, 12 Ogos – Pilihan ketiga dari Jerman, Alexander Zverev menyingkirkan pemain tuan rumah, Nishesh Basavareddy 6-3, 6-3 pada pusingan kedua Terbuka Cincinnati pada Ahad.
Manakala juara Terbuka Kanada, Ben Shelton mara selepas lawannya dari Argentina, Camilo Ugo Carabelli menarik diri akibat kecederaan.
Zverev, juara edisi 2021 itu tidak berdepan sebarang break point dan menutup aksi dengan 12 servis ace. Zverev seterusnya akan bertemu pemain Amerika, Brandon Nakashima pada pusingan ketiga.
Sementara itu, Shelton, yang sedang mendahului satu set dan satu break apabila Ugo Carabelli mengalami kecederaan lutut pada permainan keempat set kedua.
Pemain Argentina itu cuba meneruskan permainan selepas mendapatkan rawatan, namun terpaksa menarik diri.
Shelton akan berdepan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut yang menewaskan wakil Britain, Cam Norrie 6-4, 6-3. - REUTERS
