fb fb fb fb fb

Tenis terbuka Australia: Venus William tarik diri akibat cedera

(FOTO AFP)

MELBOURNE, 8 Januari-Bintang tenis Amerika Syarikat, Venus William menarik diri daripada terbuka Australia susulan kecederaan yang dialaminya ketika menyertai terbuka Auckland Classic menurut penganjur kejohanan tersebut.

Pemain berusia 42 tahun menerima 'Wildcard' bagi bertanding pada pertandingan pembukaan Grand Slam di Melbourne Park, terbuka sulungnya pada 1998 dan bergelar naib johan sebanyak dua kali selepas tewas ditangan adiknya Serena.

"Venus William menarik diri daripada menyertai terbuka Australia susulan kecederaan dialaminya ketika terbuka Auckland Classic di New Zealand", ujar penganjur terbuka Australia melalui twitter rasmi semalam.

Pemain Australia, Kim Birrel dijangka akan menggantikan pemain veteran itu.

Minggu lalu, Venus William yang juga pemenang tujuh kali Grand Slam memperaga aksi memukau pada pusingan awal kejohanan Auckland Classic membenam cabaran rakan senegara, Katie Volynets sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh pemain China Zhu Lin pada pusingan 16.

Sebelum ini Terbuka Australia yang bakal berlangsung pada 16 Januari kehilangan serinya selepas penarikan diri pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz akibat kecederaan kaki kanan yang dialaminya-AFP


(Kecederaan dialami Venus Williams menyebabkan pemain itu menarik diri daripada
menyertai terbuka Australia / FOTO AFP)

Media Baharu