fb fb fb fb fb

La Liga: Real Madrid terlepas peluang terajui liga

MADRID, 8 Januari-Real Madrid terlepas peluang bagi menerajui liga selepas tewas mengejut kepada Villareal 2-1.

Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Santiago Bernebeu itu menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan melalui Yeremy Pinto pada minit ke-47 separuh masa kedua.

Real Madrid yang bermain dihadapan penyokong sendiri menyamakan kedudukan selepas itu hasil daripada penalti selepas bola terkena tangan pemain Villareal, Juan Foyth dalam kotak penalti.

Sepakan penalti tersebut disempurnakan Karim Benzema pada minit ke-60.

Ketika permainan seakan-akan berkesudahan seri, Foyth kembali menebus kesilapannya apabila berjaya mendapatkan penalti setelah bola hantarannya terkena tangan pemain pertahanan Real Madrid, David Alaba. Peluang tersebut disempurnakan oleh Gerard Moreno pada minit ke-63 menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua Real Madrid musim ini dan menyebabkan Real Madrid tergelincir ditangga kedua di belakang pendahulu Barcelona dibezakan hanya jumlah jaringan.-bbc.com

(Penyerang Karim Benzema, menjaringkan gol ketika menentang Villareal / FOTO AFP)

Media Baharu