fb fb fb fb fb

Ange-Yoan Bonny sertai Inter Milan dengan nilai 23 juta Euro

Foto Facebook Savoir.net4

ROME, 5 Julai- Inter Milan pada Sabtu mengesahkan pembelian penyerang muda Perancis, Ange-Yoan Bonny, 21, daripada kelab Serie A, Parma.

Menurut laporan media Itali, Bonny menandatangani kontrak selama empat atau lima tahun bersama Inter dengan yuran perpindahan sekitar €23 juta Euro atau (RM116 juta), yang boleh meningkat kepada €26 juta Euro bergantung kepada prestasi.

Penyerang setinggi 1.82 meter itu merupakan pemain antarabangsa bawah 21 tahun Perancis dan mencatat enam gol serta empat bantuan jaringan untuk Parma musim lalu.

Perpindahan Bonny merupakan sebahagian daripada rombakan skuad Inter Milan musim panas ini, selepas mereka menamatkan musim lalu di tempat kedua Serie A dan mengalami kekalahan besar pada aksi akhir Liga Juara Eropah kepada Paris Saint-Germain.

Inter turut melantik bekas pemain mereka, Cristian Chivu, sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan Simone Inzaghi, selain membawa masuk pemain sayap Brazil, Luis Henrique dari Marseille dengan nilai perpindahan sama iaitu €23 juta Euro.

Inter turut mengalami kekecewaan apabila tersingkir di pusingan 16 Piala Dunia Kelab FIFA selepas tewas kepada Fluminense dari Brazil pada Isnin lalu.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD