fb fb fb fb fb

Deschamps bimbing Perancis sehingga Piala Dunia 2026

(FOTO AFP)

PARIS, 8 Januari-Skuad kebangsaan Perancis akan terus dibimbing Didier Deschamps sehingga Piala Dunia 2026.

Ia disahkan Persekutuan Bola Sepak Perancis-FFF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Kontrak Deschamps sebelum ini tamat selepas Piala Dunia Qatar yang menyaksikan juara bertahan itu tewas kepada Argentina 18 Disember lalu.

Pada awalnya, FFF dilaporkan hanya mahu memberikan Deschamps sambungan kontrak dua tahun hingga Kejohanan Eropah 2024 di Jerman.

Tetapi kemudian badan induk tu membuat keputusan bagi melanjutkan lagi kontrak pengendali berusia 54 tahun itu sehingga Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi yang mengaitkan Les Bleu dengan legenda Zinedine Zidane.

Pembantu Deschamps yang berpengaruh, Guy Stephan juga dikekalkan.

Di bawah kendalian Deschamps, Perancis telah memenangi Piala Dunia 2018 dan Liga Negara-Negara 2021.

Perancis kini di kedudukan ketiga terbaik dunia dalam ranking FIFA, di belakang Brazil dan Argentina-AFP


(Pemain Perancis, Kylian Mbape (kiri) bersama jurulatih Didier Deschamps (kanan)
mengucup Piala Dunia ketika Perancis menjadi juara di Rusia pada 2018 (FOTO AFP)

Media Baharu