fb fb fb fb fb

Tenis terbuka Australia: Medvedev yakin mampu tewaskan Djokovic dan Nadal

(FOTO AFP)

ADELAIDE, 8 Januari- Bintang dari Rusia, Daniil Medvedev yakin mampu menewaskan Novak Djokovic disebalik kekalahannya kepada bintang Serbia itu pada separuh akhir terbuka Antarabangsa Adelaide Jumaat lalu.

Disebalik kekalahan terhadap Djokovic, Medvedev berkata dia berada dalam keadaan terbaik menuju ke pembuka kejohan Grand Slam 2023 selepas mempamerkan aksi tidak memberangsangkan pada 2022 yang menyebabkan kedudukan ranking dunianya jatuh ke tangga ketujuh.

"Novak (Djokovic) berada dalam liga lain, 21 gelaran Grand Slam. Itu sahaja. Saya perlu bersikap positif kerana kejuaran pertama Grand Slam akan berlangsung minggu depan", ujar Medvedev sejurus tewas di tangan Djokovic.

Setiap kali bermain menentang mereka (Djokovic, Rafael Nadal) saya hanya berfikir untuk menang dan mencuba sedaya-upaya", katanya lagi.

Sejak menewaskan Djokovic pada kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat 2021, Medvedev telah ditewaskan sebanyak tiga kali oleh bintang Serbia itu.

Ketika Djokovic dan Rafael Nadal dilihat sebagai ancaman kepada Medvedev dalam usahanya mencari kejuaraan Grand Slam kedua, dia mendapat 'tonik' selepas penarikan diri pemain nombor satu dunia Carlos Alcaraz minggu lalu akibat kecederaan.

Medvedev menganggap ketiadaan Alcaraz pada kejohanan kali ini adalah sesuatu yang 'mendukacitakan'.

"Penarikan diri Alcaraz sesuatu yang menyedihkan memandangkan dia merupakan pemain terbaik dunia", katanya.

"Caranya bermain dalam usia yang muda menjadikannya seperti nadal, sedikit seperti Djokovic dan Roger Federer", ujar Medvedev.

"Alcaraz akan kembali semula", kata Medvedev mengakhiri temubual-AFP


(Bintang Serbia, Novak Djokovic mencari kejuaraan Grand Slam ke-22 pada Terbuka
Australia minggu hadapan / FOTO AFP)

Media Baharu