fb fb fb fb fb

Skuad Hoki Para negara cipta sejarah sebagai pasukan pertama Asia beraksi di Special Olympics World Games 2023

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Januari-Malaysia menjadi negara pertama di Asia yang menghantar atlet para hoki untuk beraksi dalam acara Special Olympics Hockey di Special Olympics World Games 2023.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Presiden Persatuan Para Hoki Malaysia (PPHM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, acara yang juga dikenali sebagai ID Hoki itu merupakan acara pertunjukan sebelum ia disenaraikan sebagai acara rasmi dalam temasya sukan berprestij itu pada masa akan datang.

"Inisiatif ini kita dah rancang selama dua tahun.Jadi, saya harap rakan di luar sana dapat mendoakan kami untuk berjaya dan menghantar pasukanĀ  yang pertama Insya-Allah pada tahun ini pada bulan Jun. kita berharap Malaysia dapat menghantar kontinjen yang pertama dalam sejarah dan juga sejarah dalam Asia",ujarnya selepas melancarkan PPHM secara rasmi semalam.

Special Olympics World Games merupakan temasya sukan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara.

Datuk Seri Megat yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, penubuhan persatuan itu sejak 14 Jun 2021 adalah sebagai platform untuk atlet OKU menceburi sukan hoki.

Beliau berkata bagi menjayakan matlamat persatuan, PPHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara.


(Presiden Persatuan Para Hoki Malaysia (PPHM), Datuk Seri Megat D Shahriman
Zaharudin/FOTO BERNAMA)

Media Baharu